Tuesday, 8 May 2012

daging korban ??



hello..kali ni n ak bercakap pasal daging..daging ape? daging KORBAN..selalunya kalau kita ni, orang-orang islam kan, kalau sebut daging korban je, mesti terus teringat kat majlis Qurban, Aqiqah, dan sebagainya..tapi issue ni, bukan pasal daging korban yang kita selalu makan ni, TAPI daging korban HARAM..nak tengok contoh? scroll down :D




baru-baru ni, seluruh negara digemparkan dengan berita seorang model yang menggayakan seni tetapi dengan cara yang SALAH! untuk berkecimpung dalam dunia seni itu tidak salah, tetapi berpada-pada lah..jangan sampai nak merosakkan haiwan alam ni..




kesian kucing ni, DIBOGELKAN, DISIAT KULITNYA, malah DISEKSA sedemikian rupa..kalau aku tahu sapa siat kulit kucing ni, memang aku siat kulit dia habis-habis..grrrr


umum mengetahui, alam ni memang banyak PEMBURU HARAM..itu semua orang tahu, masalahnya salah siapa? kerajaan ka yang tak berikan permit, or manusia yang terlalu TAMAK?? 




kasihan haiwan-haiwan yang tidak bersalah, mereka menjadi mangsa KERAKUSAN manusia dalam mencari kesenangan dunia..saya selaku pecinta alam, berasa kesal dengan sikap segelintir pihak yang mengabaikan makhluk-makhluk alam, demi kepentingan diri sendiri.. :(




demi Allah, sesungguhnya mereka ini TIDAK BERSALAH! ampunkan dosa kami.. :(


sekian celoteh Cik Environment..check out for my next update..INGAT! jaga alam! bye :D

Thursday, 3 May 2012

Penjenayah Bumi ???


hello fellows..hari ni aku nak cerita satu perkara tentang alam sekitar dan kesihatan kita sekeluarga juga..


kenal kan polisterin? haaaa...ala, bekas yang korang suka tapau masa beli makanan kat cafe, kantin, and tempat-tempat makan tu..ingat? ingat? ha..kalau korang merupakan pengguna polisterin, aku nak panggil korang penjenayah sebab dah merosakkan alam sekitar..

tahu tak, polisterin tu berbahaya kepada kesihatan? dah tak sayang nyawa ka apa? dalam polisterin ada Karsinogen (carcinogen)..tahu tak apa tu karsinogen? karsinogen adalah satu bahan penyebab kanser kepada manusia ( Menurut kajian Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa(IARC) & Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO) *bukan cakap kosong )..haaa, memang lah korang tak sayang nyawa, nak mati cepat guna polisterin ni..



senang cerita, kalau dah menjejaskan badan kita, apatah lagi alam sekitar kan? korang nak tahu? polisterin ni kalau tanam dalam tanah pun, ambil masa 500 TAHUN baru boleh diuraikan (decompose)..ha, korang hidup sampai 500 tahun ke? tak kannn..pastu sape nak bertanggungjawab pada polisterin yang dah digunakan tu? korang dah dalam kubur pun time tu..nasib lahh..kesiann kau bumi..

so, dah tahu benda tu berbahaya, masih nak guna lagi? korang memang degil..lain kali, bawa la bekas makanan sendiri dari rumah, asrama, bilik, etc, and then tapau lah makanan korang tu..jimat pun jimat, selamat daripada malapetaka..ke nak mati cepat? guna lah polisterin banyak2 lagi ye..INGAT, jangan pandang rendah dengan kimia-kimia dalam polisterin tu, effect dia, boleh terdiam korang..aku taknak lah takut-takut kan orang kan, tapi aku sayang Bumi tercinta ni..sayang jugak generasi aku seterusnya lepas ni..taknak lah passing Bumi yang tenat kat anak cucu aku nanti kan..kesiannn diorang..

so, setakat ini sahajalah Cik Environment nak berceloteh..diharap korang faham lah tentang bahayanya penggunaan polisterin..nantikan chapter seterusnya, jangan lupa singgah blog ni untuk mengetahui perkembangan serta isu-isu semasa tentang alam..bye :D

BERSIH 3.0 ???


remember this?


minggu lepas, dunia dikejutkan dengan berita Malaysia dilanda segerombolan penduduk yang membanjiri perkarangan sekitar Dataran Merdeka oleh sebab memperjuangkan hak-hak rakyat serta keinginan untuk membanteras segala najis yang bergelimpangan di Malaysia..persoalannya, najis siapa?

korang nak tahu apa tu najis? nak tahu apa itu kekotoran? nak tahu apa itu perkara yang perlu diBERSIHkan? ni..semua ni..








em, nampak? nampak? suka lah tengok negara kita macam ni kan? dah lah polluted, lepas tu isu LYNAS lagi..ape semua ni beb? ape? daripada korang kumpul ramai2, merosakkan harta-benda kerajaan, mengotorkan jalan2, baik korang BERSIHkan jalan2 yg korang lalu tu..bawak penyapu, plastik, kutip sampah2 kat jalanan tu ha..barulah BERSIH namanya..padan dengan nama..ey, come on la..negara ni dah aman ok, jangan nk celarukan lagi anak bangsa kat Malaysia..tak puas hati, buat negara sendiri..ok, STOP soal BERSIH, aku nak cakap kat korang, mari sama-sama kita BERSIHkan negara kita..tak lama lagi ada pelancong nak datang, ye dak? moh ler same2 kite yew..kbye..Majulah Kebersihan Untuk Negara