Thursday, 3 May 2012

Penjenayah Bumi ???


hello fellows..hari ni aku nak cerita satu perkara tentang alam sekitar dan kesihatan kita sekeluarga juga..


kenal kan polisterin? haaaa...ala, bekas yang korang suka tapau masa beli makanan kat cafe, kantin, and tempat-tempat makan tu..ingat? ingat? ha..kalau korang merupakan pengguna polisterin, aku nak panggil korang penjenayah sebab dah merosakkan alam sekitar..

tahu tak, polisterin tu berbahaya kepada kesihatan? dah tak sayang nyawa ka apa? dalam polisterin ada Karsinogen (carcinogen)..tahu tak apa tu karsinogen? karsinogen adalah satu bahan penyebab kanser kepada manusia ( Menurut kajian Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa(IARC) & Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO) *bukan cakap kosong )..haaa, memang lah korang tak sayang nyawa, nak mati cepat guna polisterin ni..



senang cerita, kalau dah menjejaskan badan kita, apatah lagi alam sekitar kan? korang nak tahu? polisterin ni kalau tanam dalam tanah pun, ambil masa 500 TAHUN baru boleh diuraikan (decompose)..ha, korang hidup sampai 500 tahun ke? tak kannn..pastu sape nak bertanggungjawab pada polisterin yang dah digunakan tu? korang dah dalam kubur pun time tu..nasib lahh..kesiann kau bumi..

so, dah tahu benda tu berbahaya, masih nak guna lagi? korang memang degil..lain kali, bawa la bekas makanan sendiri dari rumah, asrama, bilik, etc, and then tapau lah makanan korang tu..jimat pun jimat, selamat daripada malapetaka..ke nak mati cepat? guna lah polisterin banyak2 lagi ye..INGAT, jangan pandang rendah dengan kimia-kimia dalam polisterin tu, effect dia, boleh terdiam korang..aku taknak lah takut-takut kan orang kan, tapi aku sayang Bumi tercinta ni..sayang jugak generasi aku seterusnya lepas ni..taknak lah passing Bumi yang tenat kat anak cucu aku nanti kan..kesiannn diorang..

so, setakat ini sahajalah Cik Environment nak berceloteh..diharap korang faham lah tentang bahayanya penggunaan polisterin..nantikan chapter seterusnya, jangan lupa singgah blog ni untuk mengetahui perkembangan serta isu-isu semasa tentang alam..bye :D

5 comments:

Anonymous said...

cara awak hurai dalam blog, menampakkan bakat awak dalam penulisan blog berunsur politik. boleh awak buat satu post pasal politik tak?

(ahmad albab)

aMiRa IzZaTiE said...

maaf..ini blog tentang environment sahaja

Anonymous said...

keep it up!

Anonymous said...

mira, awak suka subjek geografi ek?

aMiRa IzZaTiE said...

yaa..suka sangat Geo :D
thanks ya membaca :D